Contact

If you want to say hi : pocketrocketshop [at] gmail [dot] com

Friday, July 26, 2019

Hmmm...

Ada lagi ke orang tulis blog kat blogspot? Semua dah jadi youtubers. LOL

Saturday, December 9, 2017

Death Stranding Trailer - The Game Awards 2017

Selesai sudah The Game Awards 2017. Senarai pemenang:

The Game Awards 2017 Winners

The winners of this year's show are as follows:

  • Game of the Year - The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Nintendo EPD / Nintendo)
  • Best Game Direction - The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Nintendo EPD)
  • Best Narrative - What Remains of Edith Finch (Ian Dallas / Giant Sparrow)
  • Best Art Direction - Cuphead (Studio MDHR Entertainment)
  • Best Score / Music - NieR: Automata (Keiichi Okabe, Keigo Hoashi)
  • Best Audio Design - Hellblade: Senua’s Sacrifice (Ninja Theory)
  • Best Performance - Melina Juergens, Hellblade (as Senua)
  • Games for Impact - Hellblade: Senua’s Sacrifice (Ninja Theory)
  • Best Ongoing Game - Overwatch (Blizzard)
  • Best Independent Game - Cuphead (Studio MDHR Entertainment)
  • Best Mobile Game - Monument Valley 2 (ustwo games)
  • Best Handheld Game - Metroid: Samus Returns (MercurySteam / Nintendo)
  • Best VR/AR Game - Resident Evil 7: Biohazard (Capcom)
  • Best Action Game - Wolfenstein II: The New Colossus (MachineGames / Bethesda)
  • Best Action/Adventure Game - The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Nintendo EPD / Nintendo)
  • Best Role-Playing Game - Persona 5 (Atlus)
  • Best Fighting Game - Injustice 2 (NetherRealm Studios / Warner Bros. Interactive Ent)
  • Best Family Game - Super Mario Odyssey (Nintendo EAD / Nintendo)
  • Best Strategy Game - Mario + Rabbids Kingdom Battle (Ubisoft Paris + Milan / Ubisoft)
  • Best Sports/Racing Game - Forza Motorsport 7 (Turn 10 Studios / Microsoft Studios)
  • Most Anticipated Game - The Last of Us Part II (Naughty Dog / Sony Interactive Entertainment)
  • Trending Gamer - Guy Beahm ("Dr. Disrespect")
  • Best eSports Game - Overwatch (Blizzard)
  • Best eSports Player - Lee Sang-hyeok "Faker" (SK Telecom 1, League of Legends)
  • Best eSports Team - Cloud 9
  • Student Game Award - Level Squared (Kip Brennan, Stephen Scoglio, Dane Perry Svendsen / Swinburne University)
  • Best Debut Indie Game - Cuphead (Studio MDHR Entertainment)
  • Chinese Fan Game Award - jx3 HD《剑网3》重制版 (Kingsoft Corporation)

Sumber dari : IGN

Banyak juga trailer dan pengumuman dari developer (boleh rujuk di website IGN). Yang paling mencengkam jiwa adalah trailer dari Kojima Productions. Apalagi kalau bukan game yang dinanti-nantikan oleh gamers sekalian, Death Stranding. Norman Reedus beb! Korang tengok dan hayati sendiri trailer dibawah:

Sunday, November 12, 2017

Monster Hunter: World

Game menarik yang kami nantikan juga adalah Monster Hunter: World. Genre role-playing action game dari Capcom. Ini adalah siri ke-5 dari Monster Hunter yang bakal rilis di Playstation 4, X-Box One dan PC. Game ini akan mempunyai ciri-ciri peta yang besar, perjalanan yang lancar di setiap zon serta membolehkan empat pemain bermain secara (co-op), dan membolehkan pemain seluruh dunia bermain bersama secara online. Ini adalah yang pertama bakal direalisasi di dalam siri Monster Hunter. Khabarnya game ini akan release pada Januari 2018.

Capcom baru sahaja mengumumkan bahawa watak Aloy dari game Horizon Zero Dawn akan turut serta dan boleh digunakan oleh pemain di dalam Monster Hunter: World ini. Eksklusif untuk konsol PS4.

Mari lihat trailer di bawah dan mari bersedia untuk memburu bersama rakan-rakan!


Saturday, November 11, 2017

Kojima Productions

Siapa yang tak kenal Hideo Kojima. Godfather of gaming yang terkenal dengan siri Metal Gear Solid beliau semasa di Konami. Ketika artikel ini ditulis, beliau sedang bekerja untuk rilisan pertama beliau selepas keluar dari Konami. Dibawah syarikat pembangun video game beliau sendiri, Kojima Productions, rilisan eksklusif untuk Playstation 4 ini bertajuk Death Stranding. Ini salah satu game yang kami nantikan. Korang boleh check out trailer dan sedikit mengenai studio Kojima Productions dibawah.


G-Shock Gold Tornado 35th Anniversary Collection


G-Shock mengumumkan rilisan mereka yang terbaru sempena ulang tahun ke-35 mereka. Dijangka akan rilis pada November 2017 di Jepun dan Asia. Rilisan ini adalah tiga high-end model mereka yang mempunyai ciri-ciri hitam dan emas serta mempunyai warna merah di bahagian lapisan dalam tali. Warna emas ini adalah untuk meraikan ulang tahun mereka pada April 2018 manakala warna hitam dan merah adalah penghormatan kepada warna tema klasik G-Shock.

Pada tali dan back case, mempunyai logo istimewa ulang tahun ke-35 yang direka oleh Eric Haze. Ketiga-tiga rilisan adalah dari model GPW-2000TFB-1AJR Gravitymaster, G-STEEL GST-B100TFB-1AJR, dan GWF-D1035B-1JR Frogman. 

GPW-2000TFB-1AJR Gravitymaster -  ¥110,000 JPY


G-STEEL GST-B100TFB-1AJR - ¥90,000 JPY


GWF-D1035B-1JR Frogman - ¥135,000 JPY


Siri Gold Tornado G-Shock ini juga didatangkan dengan packaging unik.