Contact

If you want to say hi : pocketrocketshop [at] gmail [dot] com
Showing posts with label brand. Show all posts
Showing posts with label brand. Show all posts

Saturday, November 11, 2017

G-Shock Gold Tornado 35th Anniversary Collection


G-Shock mengumumkan rilisan mereka yang terbaru sempena ulang tahun ke-35 mereka. Dijangka akan rilis pada November 2017 di Jepun dan Asia. Rilisan ini adalah tiga high-end model mereka yang mempunyai ciri-ciri hitam dan emas serta mempunyai warna merah di bahagian lapisan dalam tali. Warna emas ini adalah untuk meraikan ulang tahun mereka pada April 2018 manakala warna hitam dan merah adalah penghormatan kepada warna tema klasik G-Shock.

Pada tali dan back case, mempunyai logo istimewa ulang tahun ke-35 yang direka oleh Eric Haze. Ketiga-tiga rilisan adalah dari model GPW-2000TFB-1AJR Gravitymaster, G-STEEL GST-B100TFB-1AJR, dan GWF-D1035B-1JR Frogman. 

GPW-2000TFB-1AJR Gravitymaster -  ¥110,000 JPY


G-STEEL GST-B100TFB-1AJR - ¥90,000 JPY


GWF-D1035B-1JR Frogman - ¥135,000 JPY


Siri Gold Tornado G-Shock ini juga didatangkan dengan packaging unik.

Friday, March 4, 2016

5 Clothingline/Apparel/Lifestyle brand pilihan

Introduksi: Aku berlayar di lautan internet untuk mencari inspirasi. Banyak brand² pakaian dari luar mahupun dari negara Malaysia sendiri yang sangat awesome dan creative. Kat sini aku nak kongsikan dengan korang 5 pilihan yang aku rasa korang patut checkout.


Brand dari Pahang, Malaysia kalau tak silap aku. Setiap rilisan mereka aku rasa sangat kreatif. Mereka masukkan elemen tempatan dalam penghasilan design mereka. Presentation, aku bagi "A". Korang akan tertarik dengan lookbook mereka. Aku harap brand neh dapat pergi lagi jauh dan terus menghasilkan karya² yang hebat. 


4. The Swagger Salon - www.theswaggersalon.com

Brand yang berasal dari Penang, Malaysia. Brand ini bermula dengan menghasilkan trademark snapback mereka, "Lansi". Mereka menghasilkan lookbook yang sangat daring dan nakal. Produk mereka juga terbaik dari segi kualiti dan presentation. Aku ade dua pasang topi dari mereka. Sebab tu aku berani cakap mengenai kualiti hasilan mereka. Pada korang yang masih tercari² brand Hip Hop tempatan yang baek, mereka ini aku cadangkan.

3. Madworks - www.madworksclothing.com

First time aku found out brand neh, aku terus jatuh cinta dengan brand neh. Brand yang berasal dari Bangkok, Thailand ini mempunyai kenakalan mereka sendiri. Dari segi design, mereka ini menghasilkan design yang mantap dan padu. Keras vector nya masih ada kecomelan tersendiri. Ini yang membuatkan aku jatuh hati. Aku sukakan design yang ber"karektor" seperti ini. 


A photo posted by MADWORKS CLOTHING (@madworksclothing) on

2. Benny Gold - www.bennygold.com

Benny Gold, brand yang berasal dari San Francisco, Amerika Syarikat. Brand ini hasilan dari seorang grafik artis yang bosan mengikut permintaan klien. Disebabkan itu, demi mencapai kepuasan diri dan mengejar kebebasan dalam berkarya, maka terhasillah brand ini. Aku terinspirasi dengan brand ini. Kita bikin apa yang memuaskan hati kita sendiri. Aku sukakan brand ini bukan sahaja dengan jalan ceritanya malah dengan produk mereka juga.



1. Filter017 - www.filter017.com 

Aku jarang tahu pasal scene clothing dan brand dari Taiwan. Tapi brand Filter017 ini telah memperkenalkan aku dengan brand dari sana. Aku letakkkan mereka ini di tempat pertama kerana aku rasakan brand ini ada keistimewaannya tersendiri. Mereka ada team, ada retail store dan mempunyai kepelbagaian produk. Antara produk mereka adalah payung, Snapback, kemeja T, T-Shirt, keychain, poster artwork, wallet, beg, seluar dan pelbagai lagi. Dengan mengetengahkan design yang menarik, produk mereka juga tampak berkualiti. Lookbook mereka juga dibikin dengan baik dan awesome.