G-Shock mengumumkan rilisan mereka yang terbaru sempena ulang tahun ke-35 mereka. Dijangka akan rilis pada November 2017 di Jepun dan Asia. Rilisan ini adalah tiga high-end model mereka yang mempunyai ciri-ciri hitam dan emas serta mempunyai warna merah di bahagian lapisan dalam tali. Warna emas ini adalah untuk meraikan ulang tahun mereka pada April 2018 manakala warna hitam dan merah adalah penghormatan kepada warna tema klasik G-Shock.
Pada tali dan back case, mempunyai logo istimewa ulang tahun ke-35 yang direka oleh Eric Haze. Ketiga-tiga rilisan adalah dari model GPW-2000TFB-1AJR Gravitymaster, G-STEEL GST-B100TFB-1AJR, dan GWF-D1035B-1JR Frogman.
GPW-2000TFB-1AJR Gravitymaster - ¥110,000 JPY
G-STEEL GST-B100TFB-1AJR - ¥90,000 JPY
GWF-D1035B-1JR Frogman - ¥135,000 JPY
Siri Gold Tornado G-Shock ini juga didatangkan dengan packaging unik.





No comments:
Post a Comment